Tuesday, July 9, 2013

Happy Fasting 2013

Hello..bulan Ramadana datang lagi sebelum menjelmanya Aidilfitri selepas genapnya 30 hari berpuasa.
Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua keluarga yang beragama islam
sahabat handai, rakan taulan dan semua kenalan.

Kalau tak silap saya pada 2010, saya juga ada mengemaskini (update) blog saya berkenaan dengan Bulan Ramadan. Saya sangat merindui suasa Ramadan di Neural Services Sdn Bhd sebab apa? sebab suasana yang sangat friendly dan tidak kisah walaupun saya seorang christian. Kami berpuasa bersama-sama saya juga di jemput undung ke Majlis Berbuka Puasa yang mereka sambut.

Tapi lain pula caranya bila berada di sabah. Sekarang saya sudah bekerja dan semua office mate adalah muslim. Apa yang saya nampak ada di antara mereka yang menjadikan puasa sebagai alasan untuk mereka pulang seawal yang boleh dan mengabaikan kerja yang sepatutnya mereka siapkan. Adakah itu satu sikap yang baik?...Saya bukan setakat bercakap sesedap mulut tapi ini adalah perkara yang berlaku di depan mata saya sendiri.

By the way..saya sentiasa mencuba untuk berpuasa bersama dengan rakan2 muslim untuk menghormati mereka juga melatih diri supaya mengawal nafsu makan :).


ok lah...Selamat Berpuasa.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates